2. Bagaimana sekiranya saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keunikan berbisnes dengan STG?
3. Adakah program dibawah STG signature program hanya boleh dihadiri oleh usahawan STG sahaja ataupun ianya terbuka kepada umum?
4. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat untuk menyertai kelas-kelas sokongan yang disediakan?
5. Berapa lama tempoh yang perlu saya ambil untuk berjaya bersama STG?
6. Saya seorang wanita yang bekerjaya dan agak sibuk, bagaimana STG dapat membantu sekiranya saya ingin menjadi usahawan bersama STG?
7. Apakah latihan yang diberi sewaktu sessi Coaching & Mentoring?
8. Saya suka bisnes, tapi tiada modal untuk dimulakan... adakah utuk menjadi usahawan STG saya perlu mengeluarkan modal yang besar?
9. Saya sentiasa ditimpa dengan pelbagai masalah, bolehkah menerusi Minda Magnet Rezeki saya dapat mengubah corak hidup yang negatif ini?
10. Saya ingin mendapat pendapatan yang besar, tetapi tidak yakin dengan MLM. Adakah MLM benar-benar boleh memberi peluang memperolehi pendapatan yang besar seperti yang saya kehendaki?
Jawapan bagi soalan-soalan diatas adalah seperti dibawah:
1. Apa itu Smart Tycoon Group - STG?
Smart Tycoon Group (STG) ialah sebuah komuniti yang diterajui oleh beberapa usahawan jutawan yang menggunakan platform networking business dalam melahirkan lebih ramai usahawan berstatus jutawan. Sesiapa sahaja layak menyertai komuniti ini sekiranya anda ingin berjaya dalam kehidupan anda.
2.Bagaimana sekiranya saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keunikan berbisnes dengan STG?
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keunikan bisnes kami anda boleh terus menghubungi talian telefon yang telah diberi (sila rujuk ruangan "Hubungi Kami").Untuk tujuan pertanyaan bisnes yang lebih pantas, kami juga telah menyediakan BORANG ONLINE di ruangan "Temujanji" untuk kemudahan anda. Kami memberi jaminan tidak lewat dua (2) hari dalam membalas setiap pertanyaan yang dikemukakan.
3. Adakah program dibawah STG signature program hanya boleh dihadiri oleh usahawan STG sahaja ataupun ianya terbuka kepada umum?
STG signature program adalah program-program bagi mereka yang telah berada didalam komuniti dan telah menjalankan bisnes didalam komuniti ini. Walaubagaimana pun Program seperti Minda Magnet Rezeki (MMR) adalah dibuka kepada umum dengan bayaran yuran yang sangat rendah. (Sila Rujuk ruangan "Minda Magnet Rezeki" )
4. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat untuk menyertai kelas-kelas sokongan yang disediakan?
Kelas-Kelas sokongan juga dibuka kepada umum dan anda boleh menghubungi terus talian kami bagi tujuan pendaftaran.Untuk kemudahan anda, kami juga telah menyediakan BORANG ONLINE yang boleh didapati diruangan "Temujanji" bagi mempercepatkan proses penyertaan.
5. Berapa lama tempoh yang perlu saya ambil untuk berjaya bersama STG?
Berbekalkan modal yang sangat rendah, kami telah membantu ramai usahawan untuk berjaya memperolehi pendapatan sekitar 4-5 angka dalam tempoh paling lewat 2 tahun. Mereka ini adalah terdiri dari golongan suri rumah sehinggalah pelbagai latar belakang yang hebat-hebat.
6. Saya seorang wanita yang bekerjaya dan agak sibuk, bagaimana STG dapat membantu sekiranya saya ingin menjadi usahawan bersama STG?
Ramai usahawan STG membina pendapatan 4-5 angka hanya secara part time. Ini bermakna mereka adalah dari golongan yang berkerjaya dan menyertai STG untuk mendapat pendapatan tambahan. Menerusi program yang telah kami sediakan, anda boleh melakukan perniagaan ni dimana sahaja anda berada samada secara sepenuh masa mahupun separuh masa, secara online ataupun offline.
7. Apakah latihan yang diberi sewaktu sessi Coaching & Mentoring?
Coaching dan Mentoring adalah merupakan sessi dimana ketua-ketua didalam komuniti kami akan bertindak sebagai mentor dan memberi latihan yang lebih mantap secara peribadi -" one to one" atau dalam kumpulan yang kecil agar semua usahawan akan mempunyai strategi perniagaan yang lebih kukuh. Fokus latihan lebih tertumpu kepada strategi perniagaan yang berkesan untuk mendapat pendapatan sehingga mencecah 4-5 angka.
8. Saya suka bisnes, tapi tiada modal untuk dimulakan... adakah utuk menjadi usahawan bersama STG saya perlu mengeluarkan modal yang besar?
Usahawan-usahawan didalam komuniti STG kebanyakannya memulakan perniagaan dengan modal yang sangat rendah dan mampu dilakukan oleh semua orang. Kami menyediakan beberapa program yang anda boleh pilih untuk memulakan perniagaan mengikut keselesaan anda.Sila hubungi pihak kami menerusi talian di ruangan "Hubungi Kami" atau isikan borang online yang telah kami sediakan diruangan "Temujanji" agar kami dapat membantu memberi maklumat yang lebih jelas.
9. Saya sentiasa ditimpa dengan pelbagai masalah, bolehkah menerusi Minda Magnet Rezeki saya dapat mengubah corak hidup yang negatif ini?
Minda Magnet Rezeki (MMR) adalah satu program yang telah kami anjurkan bagi melahirkan usahawan-usahawan yang berfikiran positif. Menerusi program ini juga kami telah membantu ramai orang mengenali diri mereka dan mengubah corak kehidupan mereka dari negatif kepada positif. Ramai dikalangan mereka yang menyertai kami memberi maklumbalas yang sangat positif terhadap diri mereka, anak-anak, pasangan, kerjaya, perniagaan , persekitaran dan sebagainya.(Sila Rujuk ruangan "Minda Magnet Rezeki")
10. Saya ingin mendapat pendapatan yang besar, tetapi tidak yakin dengan MLM. Adakah MLM benar-benar boleh memberi peluang memperolehi pendapatan yang besar seperti yang saya kehendaki?
STG merupakan sebuah komuniti yang telah melahirkan ramai usahwan-usahawan jutawan yang menggunakan platform networking bisnes. Kami telah mempunyai protege-protege yang mempunyai pendapatan mencecah 4-5 angka setiap bulan hanya dengan menjalankan perniagaan MLM dan mengikut teknik-teknik perniagaan MLM yang efektif. Tugas kami di STG adalah untuk melahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya dan membuktikan bahawa Networking bisnes adalah pernigaan Nombor 1 (NetworKING)!