Wednesday, 27 November 2013

Laws of Momentum

Ramai yang salah anggap tentang momentum. Ramai memikirkan momentum adalah suatu tindakan tanpa henti... terus bekerja dan terus bekerja!
Sekarang cuba kita fahamkan apa itu momentum. Bayangkan anda adalah seorang Networker yang berjaya. Anda wajib membina 4 peringkat Momentum iaitu:

1- Set Your Mind
2- Personal Development
3- Action Consistency
4- Repeat Duplicate



Dalam peringkat 1, anda perlu Set Minda agar Minda anda lengkap dengan falsafah dan prinsip serta impian yang besar.(Rujuk laws of philosophy).
Dalam peringkat ke 2 pula anda perlu meningkatkan keupayaan diri anda tentang produk, bagaimana hendak membuat presentation , belajar untuk bercakap dengan orang ramai dan juga belajar untuk meningkatkan kepakaran anda menerusi audio ataupun bahan2 bacaan yang bersesuaian.

Kedua-dua peringkat ini adalah peringkat asas yang anda boleh pelajari dan praktikkan sambil anda memperolehi pendapatan.


Untuk anda menjadi NETWORKER yang LEBIH BERJAYA anda wajib meneruskan lagi momentum tersebut.
Setelah anda jelas dan mempraktikkan peringkat 1 dan peringkat ke 2, seterusnya anda tingkatkan lagi momentum anda dengan memasuki peringkat ke 3 dimana anda perlu  bertindak secara konsisten. Disini anda akan lebih menunjukkan komitmen atas setiap apa yang anda laksanakan, kejujuran dalam setiap tindakan anda, anda seorang yang berdedikasi dan mempunyai kecekalan dan keteguhan hati yang kuat.

Peringkat ke 4 pula anda duplikasikan kejayaan teknik yang anda lakukan pada diri anda kepada orang lain menerusi training dan juga mentoring. Mentoring adalah lebih kecil skopnya dimana anda boleh memberi tunjuk ajar secara orang perseorangan atau kumpulan kecil (iaitu downline anda) manakala training pula adalah dalam kumpulan yang besar yang boleh merangkumi downline anda , upline anda dan juga site line anda.

Sekiranya anda dapati ada perkara yang menggangu momentum anda, kembali kepada peringkat 1, back to basic. Ini lah cara yang sebenarnya dalam meningkatkan momentum anda sebagai seorang NETWORKER YANG BERJAYA.


Dan pastikan anda duplikasikan semua level ini kepada downline anda agar mereka juga mempunyai momentum yang hebat seperti anda. keempat-empat proses ini wajib diteruskan sepanjang masa dalam memperkukuhkan momentum dalam diri downline anda.

Meningkatkan keupayaan/jati diri (Personal development) adalah sangat penting dalam perniagaan Networking. Seperti yang kita ketahui "Leaders are not born" tetapi "Leaders are made". Ingin saya kongsikan disini bagaimana anda merupakan seorang pemimpin dan juga seorang Juara!


Anda adalah hasil 1 sperma dari 5,000,000 pesaing yang telah berjaya menembusi ovum. Ini bermakna anda telah melalui peringkat menjadi juara pada permulaan lagi dan jangan benarkan orang lain menjatuhkan diri anda!

Golongan cerdik pandai (Genius) sentiasa mengamalkan 5 teknik asas semasa belajar :

1- Passion / Interest
Selagi ada kesungguhan dan minat dalam diri anda, anda akan terus belajar dan terus belajar untuk berjaya.

2- Confidence / Courage
Bina keyakinan dan semangat dalam menimba ilmu bagi meningkatkan jati diri anda.
 
3- Practice / Action
"Practice Make Perfect" merupakan ungkapan yang tidak tepat. Lebih tepat di sebut "Practice make Permanent", sekiranya anda sentiasa mempraktikkan perkara yang salah anda akan mahir dalam perkara yang salah, tetapi sekiranya anda sentiasa mempraktikkan perkara yang betul anda akan mahir dalam perkara yang betul.

4- Lifestyle / Habit
Jadikan tugas menuntut ilmu sebagai satu gaya hidup anda dan kebiasaan dalam diri. Anda akan dapati ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya belajar adalah satu tabiat dalam hidup anda.

5- Sense of Urgency
Jadikan diri anda sentiasa memberi keutamaan dalam semua perkara. Bertindak seolah-olah esok belum tentu wujud. Anda akan dapati setiap tindakan anda akan menjadi cepat dan pantas.


Bagi membina jati diri (Personal development), bukanlah hanya dengan menghadiri 1 atau 2 seminar, membaca 1 atau 2 buku tetapi membina jati diri adalah satu proses pembelajaran yang berterusan.


Membina jati diri juga bukan satu usaha jangka pendek tetapi satu usaha yang mengambil masa yang lama. Setiap perkara yang dilakukan dengan sepenuh hati akan membuatkan anda lebih mudah untuk mencapai kejayaan.Tingkatkan momentum dalam diri dengan melaksanakan proses yang merangkumi 4 peringkat seperti yang dinyatakan diatas.

ANDA perlu meningkatkan momentum diri anda dahulu sebelum anda menDUPLIKASIkannya kepada downline anda!


Happy Networking!


Atie Rahman
Spritual Online Entrepreneur





No comments:

Post a Comment