Seperti yang umum ketahui 9/10 daripada sumber rezeki datangnya dari bisnes. Bisnes pula terdiri dari pelbagai jenis. Ada bisnes tradisional, ada bisnes franchise dan ada bisnes dengan cara Network Marketing.
Rata-rata yang ingin berbisnes akan terfikir untuk membuat bisnes tradisional seperti restoran, kedai runcit, kedai dobi, konsultation dan sebagainya. Ada yang lebih berkemampuan mereka akan memilih bisnes franchise yang sememangnya memerlukan modal yang sangat besar.
Persepsi ramai akan mengatakan bisnes Network Marketing atau MLM merupakan bisnes "low class". Tetapi ramai yang tidak menyedari bisnes ini sebenarnya menyediakan laluan pantas menjadi usahawan. Bisnes ini juga telah membuktikan bahawa Anda tidak perlu bekerja untuk Wang tetapi Wang bekerja untuk anda.
Kenapa saya katakan begitu? cuba kita lihat perbezaan antara bisnes tradisional dan bisnes Network Marketing.
Apabila anda hendak melakukan sesuatu bisnes pasti soalan pertama yang akan wujud dalam pemikiran anda ialah :
1- Bisnes apa yang anda hendak lakukan?
2- Adakah anda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengepalai segolongan pekerja atau syarikat?
3- Bagaimana pula dengan modal?
4- Bolehkah anda mendapat pekerja yang betul-betul mahir dalam mengendalikan kerja-kerja yang terdapat disyarikat anda? Bagaimana pula dengan kos yang tinggi sekiranya anda perlu menggajikan pekerja yang betul-betul mahir dan berpengalaman?
Agak memeningkan bukan? Banyak perkara yang harus difkirkan, itu belum lagi kos-kos lain seperti sewa kedai, kos utiliti dan sebagainya.
Sekiranya anda melontarkan soalan yang sama kepada bisnes Network Marketing seperti diatas anda akan dapati semua soalan tadi terjawab dengan mudah.
1- Bisnes apa yang hendak dilakukan?
Anda boleh memilih pelbagai bidang mengikut kepakaran anda sendiri. Ada yang berkaitan dengan kesihatan, kecantikan, keperluan rumah, pertanian, masakan dan pelbagai lagi. Semuanya tersedia lengkap untuk anda pasarkan dipasaran.
2- Adakah anda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengepalai segolongan pekerja atau syarikat?
Syarikat amat memahami keadaan anda yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman.Justeru itu pihak syarikat amat mengalu-alukan anda untuk membawa orang dibawah anda supaya pihak pengurusan dapat memberi perkongsian kepakaran dan ilmu kepada mereka. Disamping itu anda juga turut mendapat GANJARAN dalam tempoh BELAJAR.
3- Bagaimana pula dengan modal?
Anda tidak perlu memikirkan modal yang besar sehinggakan RM20,000 ,RM50,000 , RM 100,000 dan sebagainya. Dengan bermodalkan modal yang sangat kecil anda mampu memiliki bisnes sendiri yang memberi pulangan yang sangat lumayan.
4- Bolehkah anda mendapat pekerja yang betul-betul mahir dalam mengendalikan kerja-kerja yang terdapat disyarikat anda?
Jawapan yang pasti dalam bisnes Network Marketing ialah : UPLINE , LEADERS dan MENTOR anda. Mereka ini adalah Superstar yang telah meraih jutaan ringgit didalam industri ini. Mereka sangat layak untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda.
Semua ini dilakukan dengan percuma dan anda tidak perlu membayar kos kepakaran seperti yang perlu anda lakukan sekiranya anda memilih untuk berbisnes secara tradisional.
Pilihan ditangan anda. Buat sedikit kajiselidik syarikat mana yang anda harus sertai, industri mana yang anda ingini, Kumpulan Network Marketing yang bagaimana harus anda pilih dan sebagainya.
Yang pasti buat pilihan yang bijak menerusi Network Marketing, kerana apa yang anda akan perolehi dalam sesebuah perniagaan Network Marketing ialah "Anda tidak perlu bekerja untuk Wang selama-lamanya, tetapi Wang yang akan bekerja untuk anda"
Jumpa lagi dalam topik-topik NetworKing yang seterusnya.Anda boleh memilih pelbagai bidang mengikut kepakaran anda sendiri. Ada yang berkaitan dengan kesihatan, kecantikan, keperluan rumah, pertanian, masakan dan pelbagai lagi. Semuanya tersedia lengkap untuk anda pasarkan dipasaran.
2- Adakah anda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengepalai segolongan pekerja atau syarikat?
Syarikat amat memahami keadaan anda yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman.Justeru itu pihak syarikat amat mengalu-alukan anda untuk membawa orang dibawah anda supaya pihak pengurusan dapat memberi perkongsian kepakaran dan ilmu kepada mereka. Disamping itu anda juga turut mendapat GANJARAN dalam tempoh BELAJAR.
3- Bagaimana pula dengan modal?
Anda tidak perlu memikirkan modal yang besar sehinggakan RM20,000 ,RM50,000 , RM 100,000 dan sebagainya. Dengan bermodalkan modal yang sangat kecil anda mampu memiliki bisnes sendiri yang memberi pulangan yang sangat lumayan.
4- Bolehkah anda mendapat pekerja yang betul-betul mahir dalam mengendalikan kerja-kerja yang terdapat disyarikat anda?
Jawapan yang pasti dalam bisnes Network Marketing ialah : UPLINE , LEADERS dan MENTOR anda. Mereka ini adalah Superstar yang telah meraih jutaan ringgit didalam industri ini. Mereka sangat layak untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda.
Semua ini dilakukan dengan percuma dan anda tidak perlu membayar kos kepakaran seperti yang perlu anda lakukan sekiranya anda memilih untuk berbisnes secara tradisional.
Pilihan ditangan anda. Buat sedikit kajiselidik syarikat mana yang anda harus sertai, industri mana yang anda ingini, Kumpulan Network Marketing yang bagaimana harus anda pilih dan sebagainya.
Yang pasti buat pilihan yang bijak menerusi Network Marketing, kerana apa yang anda akan perolehi dalam sesebuah perniagaan Network Marketing ialah "Anda tidak perlu bekerja untuk Wang selama-lamanya, tetapi Wang yang akan bekerja untuk anda"
Happy NetworKing!
Atie Rahman
Spiritual Online Entrepreneur.

Ya saya setuju dengan anda perkongsian terbaik
ReplyDelete