Apa yang dimaksudkan dengan Laws of Philosophy?
Setiap orang wajib memiliki dan mengetahui apa itu falsafah dan prinsip hidup sama ada anda menjalankan perniagaan networking atau MLM atau apa sahaja industri atau pekerjaan yang anda lakukan.
" Life is not about the destination, but the journey that get us there"
Pelbagai rintangan dan halangan yang akan anda hadapi sepanjang perjalanan untuk mencapai destinasi. Pelbagai masalah wujud, kesempitan kewangan yang melampau, kejatuhan yang tidak diduga , tiada sokongan dan macam2 lagi....
Walaubagaimana pun anda harus mengubah corak pemikiran anda. Jangan sentiasa memikirkan perkara-perkara negatif tetapi fikirkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Sebagai contoh :
- Jangan fikirkan "kalau lah tiada masalah" tetapi fikirkan "bagaimana untuk mendapat skill yang boleh menyelesaikan masalah."
- Jangan fikirkan "kalaulah kurang cabaran" tetapi fikirkan "tentang kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran."
Begitulah cara yang sepatutnya kita lakukan untuk mengurus kehidupan seharian.
Falsafah dan prinsip yang anda tetapkan akan menentukan masa depan anda dan juga siapa anda.
- Falsafah akan memberi hala tuju kemana anda hendak pergi.
- Prinsip akan memberi panduan untuk anda bertindak.
Ada orang yang memiliki prinsip yang baik dan ada juga yang mempunyai prinsip yang buruk.
Disini saya nyatakan 5 prinsip positive yang utama:
1- Pemikiran yang positif
Sekiranya anda berfikiran positif, anda akan bertindak positif dan hasil yang diperolehi juga positif, begitulah juga sebaliknya.
2- Integrity (kejujuran)
Kejujuran adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Tanpa kejujuran anda tidak memiliki apa-apa.
3- Komitmen
Komitmen adalah sesuatu yang anda tidak boleh abaikan. Anda wajib laksanakan demi mencapai matlamat yang ditetapkan."Never Give Up"
4- Percaya dengan Tuhan
Tuhan telah menjanjikan kejayaan buat mereka yang berusaha. Tetapi pada masa yang sama Tuhan tidak memberikan kita kejayaan dengan mudah. Justeru itu percaya dengan janji Allah dan berusahalah untuk kejayaan.
5- Keyakinan diri yang kuat
Yakin dengan kebolehan diri anda sendiri kerana sekiranya anda mempunyai keyakinan yang tinggi, akan tiba ketika dimana orang lain akan turut yakin dengan anda.
Cuba kita renungkan pula kepada faktor-faktor yang bakal menggugat falsafah anda.
- FEAR (Takut)
- DOUBT (Ragu-ragu)
Cuba anda senaraikan perkara-perkara yang menakutkan anda. Kebanyakkan perkara yang anda takut adalah perkara yang anda sendiri tidak pernah mencuba atau melakukannya dengan betul.
Seperti contoh ada orang yang takut untuk berenang kerana takut lemas. Tetapi dia tidak pernah berenang walau sekalipun. Jadi ketakutan yang wujud dalam dirinya adalah ketakutan khayalan yang terpahat dalam pemikirannya.
Seringkali diperkatakan "FEAR is LIAR" kerana anda takut kepada sesuatu yang belum terjadi.
FEAR = False Emotions Appears Real
DOUBT = Debating on Understanding Baffling Thoughts
Sekarang cuba kita perhatikan pula apa yang membezakan golongan yang berjaya dan golongan yang tidak berjaya. Golongan yang berjaya mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa positif manakala golongan yang tidak berjaya terlalu negatif, penuh dengan ketakutan dan keraguan. Tahap ketakutan dan keraguan anda adalah penentu kepada kejayaan anda. Asset yang paling utama dalam diri anda adalah OTAK - pemikiran. Justeru itu berhati-hati ketika memikirkan sesuatu terhadap diri anda kerana pemikiran anda akan menjadikan apa yang anda fikirkan. ( Rujuk Minda Magnet Rezeki)
Lihat apa yang berlaku dipersekitaran kita hari ini.
- Teknologi yang canggih,
- Rumah-rumah yang besar
- kenderaan mewah
- bangunan -bangunan pintar
semuanya bermula dengan sebuah mission dari 1 sel dalam pemikiran seseorang pada 10 ,20 atau 30 tahun yang lampau. Apa yang kita lihat sekarang adalah bermula dari falsafah yang wujud pada seorang manusia yang mengimpikan kehidupan yang kita alami sekarang.
Kerana itu Falsafah sangat penting dalam kehidupan tetapi sekiranya kita meletakkan perasaan "FEAR" dan "DOUBT" didalam pemikiran kita ianyakan akan menggagalkan falsafah kita sendiri.
Untuk mengetahui apa falsafah kita, tanya diri kita KENAPA kita melakukan sesuatu.
Sebagai contoh :
- Kenapa kita bekerja?
- Kenapa kita melakukan perniagaan MLM ata Networking?
- Kenapa kita perlu kewangan yang lebih? dan sebagainya...
Ramai diluar sana yang gagal bukan sahaja dalam perniagaan Networking atau MLM malah gagal dalam kehidupan kerana 95% dari mereka tidak memikirkan KENAPA tetapi lebih memikirkan BAGAIMANA.
Apabila anda tahu KENAPA anda melakukan sesuatu tindakan maka BAGAIMANA untuk melaksankannya akan menjadi lebih mudah. Semuanya bermula dengan Idea. Semuanya bermula dengan matlamat dan impian seseorang.Tuhan telah memberikan kita daya pemikiran untuk mengimpikan apa yang kita ingini, justeru itu bina impian dan matlamat yang anda ingin kecapi. Itulah falsafah hidup anda. Sekiranya anda boleh melihat apa yang anda ingini, anda juga boleh mencapainya!
Sedarkah kita atas kasih dan sayang Tuhan, Dia telah mencipta impian dalam pemikiran kita...
Dan kita boleh memperolehi impian tersebut...
Tetapi Tuhan juga telah menetapkan syarat KEYAKINAN dalam diri untuk mencapai impian tersebut...
"Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti..."
Binalah Falsafah dan impian hidup anda dengan keyakinan yang tinggi!
Happy Networking!
Atie Rahman
Spiritual Online Entrepreneur