Buat rakan-rakan networKing yang saya kasihi, dalam kesibukan kita menyempurnakan pekerjaan dan perniagaan seharian kita, kita tak dapat lari dari menempuh pelbagai dugaan dan rintangan untuk kita lebih berjaya... Justeru itu dalam menempuh ranjau liku perjalanan ini perbanyakkanlah zikrullah dan antara zikrullah yang saya pilih dan ingin saya kongsikan disini adalah hasil dari perkongsian Ustazah Norhafizah Musa dalam slot Usrati IKIM bertarikh 08.06.2012.
Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan lagi kepada kita tentang kebergantungan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita laksanakan, mudah-mudahan memperolehi kebaikan disisiNya.
Perkongsian hari ini berkaitan terapi 3T, yang
inspirasinya datang daripada surah Al-Anbiya ayat 87dan 88:
Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus a.s yang
ditakdirkan Allah ditelan oleh ikan nun. Maka duduklah Nabi Yunus dalam
kegelapan perut ikan dan dibawanyalah ke sana ke mari oleh ikan itu. Dalam
ketakutan dan terketar-ketar itulah, Nabi Yunus terus mengulang-ulang
tasbihnya:
Apakah nilai tasbih ini disisi Allah Taala? Dalam
surah As-Soffat, ayat 143 dan 144, Allah berfirman:
Rupa-rupanya tasbih inilah yang menjadi sebab musabab Nabi Yunus yang sepatutnya berada dalam perut ikan sehingga hari kiamat akhirnya dikeluarkan setelah cuma 7 hari mengikut sesetengah riwayat. Inilah pengajaran yang perlu kita ambil dan jadikan inspirasi akan kelebihan tasbih yang dilafazkan oleh Nabi Yunus. Betul... hari ini kita tak berada dalam perut ikan, namun kadang-kadang kesempitan hidup yang kita alami mungkin seumpama kita berada di dalam perut ikan. Betul...hari ini kita tak terumbang-ambing di dasar lautan, namun kadang-kadang kesulitan yang kita hadapi membuatkan kita rasa tak tahu nak berpijak di mana, nak bergantung pada apa. Inilah jalan keluar daripada semua kesempitan dan badai yang melanda hidup. Inilah inspirasi daripada tasbih Nabi Yunus.
Terapi ini bermula dengan kalimah T yang pertama iaitu
Tauhid:
Maksudnya, “Tiada Tuhan yang disembah melainkan
Engkau”.
Kalimah T- kedua iaitu Tasbih:
Maksudnya, “Maha Suci Engkau”.
Kalimah T- ketiga iaitu Tunduk:
Maksudnya, “Sesungguhnya aku di kalangan yang
menzalimi diriku sendiri”.
Inilah terapi 3T yang pada pandangan ustazah boleh
menjadi suatu ramuan yang sangat hebat dan indah, yang dengan izin Allah boleh
mengubah kepada takdir Allah yang lebih baik dalam hidup kita. Nabi Yunus telah
melaluinya dan berjaya dengan izin Allah mengubah takdir asalnya untuk duduk
sehingga hari akhirat di dalam perut ikan kepada duduk selama 7 hari
sahaja. Bagaimana terapi 3T boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita?
T pertama iaitu Tauhid:
Mengikhlaskan seluruh kehidupan – segala perbuatan,
amalan kepada Allah Ta'ala. Kebahagiaan seseorang bergantung kepada tahap
keikhlasannya. Semakin ikhlas seseorang itu, maka semakin bahagialah dia dengan
amalannya. Sebagai analogi – jika suatu hari kita dijemput memasak untuk Tuanku
Permaisuri, kita pasti akan terasa begitu teruja dan berdebar-debar. Apabila
Tuanku Permaisuri merasa makanan kita dan memujinya, kita akan berasa begitu
bahagia tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukanlah Allah bandingan kepada
seorang Permaisuri, tetapi cuma sebagai bayangan bagaimana untuk mengikhlaskan
hati dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amalan sebagai 'persembahan'
kepada Allah Taala.
Semasa Nabi Ibrahim ingin dibakar oleh kaumnya,
malaikat datang bertanya kepadanya, “Adakah apa-apa yang kamu ingin dibantu?”
Nabi Ibrahim menjawab, “Adapun kepadamu tidak ada, tetapi kepada Allah, ada”.
Perhatikan cara Nabi Ibrahim menjawab – dia bergantung sepenuhnya hanya kepada
Allah, hatta kepada malaikat pun dia tidak mahu meminta bantuan. Seseorang itu
hanya akan dapat merasa tahap tauhid yang sebenar apabila dia diuji sehingga
dia tidak nampak jalan pertolongan selain pasrah kepada Allah. Kesannya,
apabila seseorang benar-benar tauhid kepada Allah, dengan sendirinya akan tertanggal
daripada hatinya perasaan ujub, riyak, keluh-kesah dan sebagainya kerana dia
telah menyerahkan segala kehidupannya hanya semata-mata kerana Allah.
T kedua iaitu Tasbih:
Ketika Allah meminta Nabi Musa berdakwah kepada
Firauan, apa yang diminta oleh Nabi Musa? Selain daripada dada yang lapang,
lidah yang fasih, Nabi Musa memohon seperti yang dapat dilihat dalam surah
Toha, ayat 29-35:
Kenapa Nabi Musa memohon seorang sahabat (Nabi Harun)
untuk membantunya? Ini dinyatakan di dalam ayat 34 - “Supaya kami sentiasa
menyebut dan memuji Kamu banyak-banyak Ya Allah”.
Ayat ini menunjukan betapa pentingnya agar kita
sentiasa tenggelam dalam puji-pujian kepada Allah Taala, walaupun di saat kita
susah, apatah lagi ketika kita senang. Dalam menghadapi ujian, jangan sesekali
kita lupa kepada Allah. Ujian yang Allah beri tidaklah berat sebenarnya, tetapi
dek kerana hati kita dipenuhi sifat-sifat yang keji, kita mudah mengeluh,
bersangka buruk pada Allah dan tidak redha dengan ketentuan dan takdir-Nya.
Daripada pengalaman saya, ramai yang datang mengadu kepada saya dengan
mengatakan, “Kenapa suami/isteri saya begini?”, “Sampai bila saya harus
diuji?”, “Kenapa saya yang diuji antara beramai umat?”. Tanda disedari
ucapan-ucapan sebegini menzahirkan rasa tidak senang dengan ujian dan ketentuan
yang Allah berikan. Sedangkan kita maklum Allah itu Maha Sempurna, Maha Baik –
takkan mungkin Allah menzalimi atau mensia-siakan hamba-Nya. Sebenarnya, jika
kita betul-betul memahami konsep tasbih yang sebenar-benarnya, kita tak perlu
kesah dengan apa yang orang lain dapat dan kita tidak dapat. Kalau kita telah
meletakkan seluruh pujian kepada Allah, hasilnya tidak akan ada lagi dalam hati
perasaan tidak redha dengan Allah, buruk sangka dengan Allah, dengki sesama
manusia, dan sebagainya.
T ketiga iaitu Tunduk:
Allah ingin melihat kita tunduk kepada-Nya dan
mengakui bahawa kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri, dan bukannya
menyalahkan orang lain. Sebagai contoh – mungkin ada di luar sama suami atau
isteri yang tidak puas hati dengan pasangan masing-masing. Tetapi sebelum
menyalahkan pasangan masing-masing, pernahkah diri kita tunduk kepada Allah dan
mengakui terlebih dahulu, “Ya Allah, sungguh aku telah berlaku zalim kepada
diriku”. Kenapa zalim? Kerana masa nak kahwin dulu, kita langsung tidak
bertanya pada Allah. Kita tak lakukan pun solat dan doa istikharah. Kita tak
tanya Allah - “Adakah bakal pasanganku ini baik unutk imanku, agamaku
akhiratku?” Kita kahwin biasanya sebab dah sayang, dan suka dan dah dipuji-puji
selalu. Sepatutnya kita menyalahkan diri dan mengadu kepada Allah “Ya Allah,
sungguh aku telah menzalimi diriku Ya Allah. Aku berlagak pandai seolah-olah
aku tahu masa depanku Ya Allah, dan hari ini aku makan 'hasil' kerana aku tidak
tunduk kepadamu sebelum ini”. Siapa tahu dengan izin-Nya, Allah mampu
mengeluarkan kita dari segala macam kesulitan yang sedang dihadapi.
Kita, termasuk diri ustazah sendiri, semua harus
muhasabah diri dan hati kita. Adakah dalam hati kita ada nilai tauhid, tasbih
dan tunduk mengakui kesilapan di hadapan Allah. Kadang-kadang sebagai ibu, kita
tak tahan dengan perangai anak yang memeningkan kepala. Cuba muhasabah diri
dahulu, “Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri. Dulu ketika
mengandung, aku tidak menjadikan kalamullah sebagai amalanku. Aku sekadar
tergolek-golek melayan emosi dan hormonku ketika itu, sedangkan orang lain
boleh khatam Quran 2/3 kali sepanjang mengandung. Maka, patutlah sekarang aku
dapat 'hasil' yang begini. Semuanya berpunca daripada diriku sendiri”.
Rumusan:
Ustazah berharap agar kita semua dapat beri sedikit
ruang masa dalam hidup untuk muhasabah nilai tauhid, tasbih dan tunduk di dalam
hati kita. Adakah segala usaha kita selama ini adalah kerana Allah semata-mata?
Bersamalah kita biasakan memohon pada Allah, “Ya Allah, aku mohon agar segala
amalanku ini kau angkat dan kau terima sebagaimana engkau menerima amalan
orang-orang yang soleh, Ya Allah. Kalau amalan ini tidak baik, tidak suci,
tidak ikhlas, mohon disucikan Ya Allah”. Sekurang-kurangnnya melalui munajat
ini, Allah tahu yang kita sedang cuba betul-betul untuk mentauhidkan-Nya dang
mengikhlaskan amalan semata-mata kerana-Nya.
Perhatikan juga sejauh mana nilai tasbih dalam hidup
kita. Adakah kita memberi hak puji-pujian semata-semata kepada Allah? Apa juga
kebaikan yang kita lihat atau peroleh, berikan puji-pujian itu kepada Allah,
dan jangan sesekali disandarkan pujian kepada manusia.
Mari kita tundukkan diri dengan mengakui kesalahan
diri. Kita payah menerima kesilapan diri kerana sifat ego yang menebal.
Lazimkan lafaz tasbih Nabi Yunus ini – pada setiap kali lepas solat, di waktu
pagi dan malam – dengan penuh penghayatan dan tunduk kepada Allah. Barangkali
ini boleh menjadi jalan keluar kepada kesulitan yang kita sedang hadapi. Allah
berkuasa menjadikan apa saja dan seseorang itu diuji untuk diberikan kemuliaan,
sebagai khafarah kepada dosa dan untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah.
Tetapi sebelum Allah memberi kemuliaan, kita perlu tunduk dan mengakui dosa
kesilapan diri. Sebagai analogi – lihat dalam kes penjenayah dan polis. Jikalau
penjenayah itu sudah menyerah diri, akan menjadi kesalahan sekiranya polis itu
menembaknya. Orang yang menyerah diri akan mendapat layanan yang istimewa.
Begitulah juga keadaannya apabila kita mengaku salah dan menyerah diri kepada
Allah. Mudah-mudahan kita akan mendapat kemuliaan daripada Allah.
Ada 4 perkata yang akan menyebabkan kehinaan kepada
seseorang manusia iaitu:
- Apabila seseorang menyerahkan hidup kepada syaitan secara keseluruhan atau sebahagian
- Ketika seseorang mengikut hawa nafsunya
- Ketika seseorang tidak berbuat ehsan kepada Allah dan juga manusia
- Ketika seseorang kehilangan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.
Ketika kita mentauhidkan Allah, bertasbih kepada
Allah, tunduk mengakui kesilapan di hadapan Allah, semoga Allah memberi
kemuliaan dan mengangkat kedudukan kita di sisinya. Semoga kisah Nabi Yunus ini
menjadi inspirasi kepada saya dan semua yang mendengar agar tidak putus harap
kepada Allah. Ingatlah bahawa sentiasa ada jalan keluar untuk kita menjadi
lebih baik, dan lebih baik di sisi Allah. Wallahu'alam.
Salam Ukhuwah dari saya,
Spiritual Online Entreprenuer
Atie Rahman
Salam Ukhuwah dari saya,
Spiritual Online Entreprenuer
Atie Rahman

































